-->
Contact Us

Friday, November 18, 2011

Objektif Penubuhan Darul Hadis


Objektif penubuhannya ialah berusaha ke arah menyatupadukan masyarakat Islam melalui pengajian ilmu agama khususnya ilmu Hadis, memberi bantuan dan pertolongan kepada masyarakat melalui aktiviti kebajikan di samping menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti sosial.

Bermula dengan kelas pengajian di Dewan Bangunan Serbanika Alor Setar, dengan kehadiran seramai 34 orang pada tahun 1993, kini ianya menjangkau lebih 600 orang di Dewan Bangunan Zakat Alor Star. Malah kelas pengajian seumpama itu berkembang pesat di 9 lokasi yang lain. Setiap minggu tidak kurang dari 2000 orang mengikuti kelas pengajian yang di jalankan secara percuma di enam lokasi seluruh Malaysia.

Kelas pengajian yang dijalankan ini juga dapat membuka ruang dan peluang kepada para ilmuan islam untuk menyebarkan ilmu di enam lokasi tersebut. Tenaga awal adalah Y.Bhg S.Samahah Dato’. Baderuddin Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Fatwa Negeri Kedah) yang mengajar Kitab Shohih Al-Bukhari dan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yag mengajar kitab Sohih Al-Bukhori. Kini tidak kurang dari 40 orang para ustaz dan ilmuan islam menyampaikan kuliah mereka kepada masyarakat melalui kelas pengajian secara bergilir.


ALMARHUM Ustaz Haji Suhaimi bin Haji Ahmad Al-Idrus (Pengarah PAKSI & DARUL HADIS) merancang untuk membina Pusat Pengajian Hadis yang mampu memberi ilmu kepada masyarakat sekaligus mampu melahirkan tenaga pengajar ilmu hadis kepada masyarakat disamping dijadikan pusat pentadbiran PAKSI.

Melihat kepada kesungguhan PAKSI selama 14 tahun memberi ilmu kepada masyarakat, maka PAKSI telah diberi kepercayaan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Shafie untuk membangunkan sebidang tanah seluas 6 relong di atas lot PT 4659, HS (M) 8537, Kampong Tok Keling, Mukim Derga Alor Setar yang telah diwakafkannya kepada Majlis Agama Islam negeri Kedah sebagai Wakaf Khas Pusat Pengajian Islam & Rumah Anak-Anak Yatim (Fail : MAIK/WKF/KS/L/101). Majlis Agama Islam Kedah sebagai Nazir Amanah.

0 comments:

Post a Comment

simpan

Ruangan ini dikhaskan untuk testimoni peserta. Testimoni akan diambil dari masa ke semasa. Terima kasih.

Followers