-->
Contact Us

Friday, November 18, 2011

PERASMIAN TAPAK KOMPLEKS DARUL HADIS


Pada 8 September 2006 majlis Perasmian Pelancaran Tapak Darul Hadis telah selamat di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Syeikh Muhammad Noeruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki , Syeikhul Maahad Zein Al-Makki ,Bogor, Indonesia & Pengasas Majlis Al-Banjari lit Tafaqquh fid Din, Mesir. Namun pada 9 september 2006 Ustaz Haji Suhami telah meninggal dunia setelah meletakkan asas pembinaan Kompleks Darul Hadis.

Kini usaha murni beliau diteruskan oleh adindanya Brig. Jen. (B) Dato' Haji Najmi bin Hj. Ahmad, dengan dibantu oleh tenaga awal yang bersama PAKSI.




Objektif Penubuhan Darul Hadis


Objektif penubuhannya ialah berusaha ke arah menyatupadukan masyarakat Islam melalui pengajian ilmu agama khususnya ilmu Hadis, memberi bantuan dan pertolongan kepada masyarakat melalui aktiviti kebajikan di samping menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti sosial.

Bermula dengan kelas pengajian di Dewan Bangunan Serbanika Alor Setar, dengan kehadiran seramai 34 orang pada tahun 1993, kini ianya menjangkau lebih 600 orang di Dewan Bangunan Zakat Alor Star. Malah kelas pengajian seumpama itu berkembang pesat di 9 lokasi yang lain. Setiap minggu tidak kurang dari 2000 orang mengikuti kelas pengajian yang di jalankan secara percuma di enam lokasi seluruh Malaysia.

Kelas pengajian yang dijalankan ini juga dapat membuka ruang dan peluang kepada para ilmuan islam untuk menyebarkan ilmu di enam lokasi tersebut. Tenaga awal adalah Y.Bhg S.Samahah Dato’. Baderuddin Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Fatwa Negeri Kedah) yang mengajar Kitab Shohih Al-Bukhari dan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yag mengajar kitab Sohih Al-Bukhori. Kini tidak kurang dari 40 orang para ustaz dan ilmuan islam menyampaikan kuliah mereka kepada masyarakat melalui kelas pengajian secara bergilir.


ALMARHUM Ustaz Haji Suhaimi bin Haji Ahmad Al-Idrus (Pengarah PAKSI & DARUL HADIS) merancang untuk membina Pusat Pengajian Hadis yang mampu memberi ilmu kepada masyarakat sekaligus mampu melahirkan tenaga pengajar ilmu hadis kepada masyarakat disamping dijadikan pusat pentadbiran PAKSI.

Melihat kepada kesungguhan PAKSI selama 14 tahun memberi ilmu kepada masyarakat, maka PAKSI telah diberi kepercayaan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Shafie untuk membangunkan sebidang tanah seluas 6 relong di atas lot PT 4659, HS (M) 8537, Kampong Tok Keling, Mukim Derga Alor Setar yang telah diwakafkannya kepada Majlis Agama Islam negeri Kedah sebagai Wakaf Khas Pusat Pengajian Islam & Rumah Anak-Anak Yatim (Fail : MAIK/WKF/KS/L/101). Majlis Agama Islam Kedah sebagai Nazir Amanah.

Syeikh Zainul Asri - Hadis Akhir Zaman 6

Kuliah Dato' Syeikh Badaruddin Hj. Ahmad : Pengajian Mustalah Hadis

Syeikh Zainul Asri - Hadis Akhir Zaman 5

Syeikh Zainul Asri - Hadis Akhir Zaman 4

Syeikh Zainul Asri - Hadis Akhir Zaman 3

Syeikh Zainul Asri - Hadis Akhir Zaman 2

Monday, July 18, 2011


PENAJAAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
kepada semua pencinta Islam.
اهلا وسهلا يا مرحبا شهر المبارك سآ تينا


Ramadan Menjelang lagi..
Salawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan Ahli Keluarga Baginda dan Para Sahabat Attahiri Ajmaein.

Beberapa hari lagi seluruh umat Islam sedunia akan menyambut Ramadhan Almubarak. Bulan yang penuh keberkatan, bulan keampunan, bulan rahmat, bulan amal ibadat. Pendek kata segala kemuliaan, keagungan ada di dalam bulan ini yang tak terhingga banyaknya. Bagi hamba yang soleh dan beriman mereka menunggu ketibaanya dengan senyuman dan tangisan kerana terlalu gembira dengan kedatangan Ramadan .

Pada kesempatan ini saya mewakili Pusat Pengajian DARUL HADIS ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak" kepada semua muslimin-muslimat. Semoga Allah memberi kekuatan taufik dan hidayah kepada kita semua dan memberi kesihatan yang baik agar kita dapat berbuat amal soleh sempena ramadan yang akan tiba.
Sesungguhnya peluang ramadan sebulan yang dihidangkan nanti, adalah masa yang sangat berharga yang tidak ada tolak bandingya dengan bulan-bulan yang lain. Inilah kesempatan yang sangat baik untuk kita bermuhasabah, beribadat dengan tekun, membaca Al-Quran sebanyak-banyaknya, berilah kesempatan dan luangkan masa untuk diri kita sendiri, Setelah sebelas bulan dihabiskan untuk kepentingan kerjaya kita dalam semua lampangan .Kita telah mengerah tenaga ,wang ringgit dan masa yang begitu banyak bagi mencapai impian kita ,untuk kewajipan rumahtangga kita dan untuk semuanya .Sekarang tibalah masa kita kurbankan harta benda ,wang ringgit dan juga masa bagi takarub kepada Allah tuan empunya diri kita ,tuan seluruh alam. Dalam sebulan yang diperuntukan ini .Maka jangan kita lupa kepada mereka yang memerlukan, mereka yang yang telah berjuang untuk jalan Allah ,Seperti orang miskin ,anak yatim ,ibu tunggal .Juga kepada Institusi Pengajian Islam Persendirian yang berkorban dengan jiwa yang ikhlas memberi pelajaran islam, menanam aqidah yang suci untuk anak bangsa , agama dan negara.

Dalam kesempatan ini saya mengambil peluang dan memberi ruang kepada muslimin muslimin untuk beramal jariah kepada Darul Hadis yang memerlukan sumbangan berbuka ,moreh dan bersahur kepada pelajar yang belajar dan membaca tilawah Al quran, zikrullah sepanjang ramadan disini .

Kepada sesiapa yang ingin beramal jariah boleh masukan terus kedalam Akaun

Bank Islam atas nama PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS
No : 021-050-1000-2856

Atas sumbangan anda dan sokongan anda saya merasakan suatu amanah yang wajib dipikul dengan sebaiknya moga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua ... sekian terima kasih

MUDIR PPDH
Syeikh Muhd Zainul Asri Hj. Romli, BKM.


Thursday, May 5, 2011

KOMPLEKS KOLEJ ISLAM DARUL HADIS



simpan

Ruangan ini dikhaskan untuk testimoni peserta. Testimoni akan diambil dari masa ke semasa. Terima kasih.

Followers