-->
Contact Us

Friday, February 12, 2010

Thursday, February 11, 2010

Kunjungan FADHILAT SYEIKH DR. YUSRI RUSHDI AS-SAYYID JABR AL-HASANI ke Kedah 15-20 Februari 2010


Nama penuh guru kita yang mulia ini ialah Yusri Rushdi as-Sayyid Jabr al-Hasani. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama'ah, bermazhab Syafi'ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli.

Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang 'Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam 'Pembedahan Am' juga dari Universiti yang sama pada Mei 1991. Kemudian beliau meneruskan pengajian di bidang syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada tahun 1997.

Beliau mula menghafaz al-quran dengan riwayat Hafs 'an 'Asim semasa dalam pengajian di kuliah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran al-kareem di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985. Guru al-Quran beliau yang lain ialah Syeikh Muhammad Adam, Syeikh Muhammad Badawi as-Sayyid yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلَّم melalui Saidina Jibril alaihissalam dari Luh Mahfuz dari Allah سبحا نه وتعالى .

Beliau mempunyai ramai guru dalam disiplin ilmu agama, antaranya:

1. Syeikh Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto' Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978)

2. Syeikh Muhammad Najib al-Muti'ie rahimahullah (pelengkap kepada kitab al-Majmu' bisyarhil al-Muhazzab), beliau menghadiri pengajian Sahih al-Bukhari dan kitab-kitab fiqh Syafi'ie, beliau juga mendapat sanad hadis dan fiqh ketika pengajian di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

3. Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab as-Syamaa-il lit-Tirmizi, al-Muwatto' Imam Malik, al-Luma' fi Ilmi al-Usul yang dibacakan oleh Syeikh Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir sekarang). Beliau mengambil sanad tariqat as-Siddiqi ad-Darqawiyah as-Syazuliyyah dari gurunya ini.

4. Syeikh Ahmad al-Mursi an-Naqsyabandi rahimahullah, salah seorang dari ulama Al-Azhar. Beliau kerap menziarahinya dan mengambil banyak faedah darinya.

5. Syeikh Isma'il Sodiq al-Adawi rahimahullah, bekas imam besar Masjid Al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto' dan tafsir sebahagian surah dari al-Quran. Beliau sentiasa bersama dengan gurunya ini untuk beberapa tahun dan sering bermusafir bersama ke pedalaman Mesir untuk ziarah para solihin. Beliau banyak mempelajari mengenai hakikat ilmu tasawuf darinya.


6. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Nuruddin Ali Jum'ah hafizahullah (Mufti Mesir sekarang), juga sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah.


7. Fadhilat al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah (foto kanan)

8. Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani

rahimahullah.

9. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa'iets al-Husaini al-Kittani hafizahullah, muhaddis dan musnid Iskandariah.

10. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Muhammad Rabi'e al-Jauhari hafizahullah (mantan Dekan Kuliah Usuluddin, Univ. al-Azhar).

11. Fadhilat as-Syeikh al-Habib Ali al-Jufri hafizahullah

12. Fadhilat al-Ustaz Hassan Osman hafizahullah.

dan ramai lagi guru-guru beliau.


Dr. Yusri sedang melakukan pembedahan

Jawatan beliau sekarang ialah Penasihat dan Ketua Jabatan Pembedahan Am dan الأوعية الدموية di Hospital Ahmad Mahir at-Ta'limi, Kaherah. Beliau juga merupakan imam dan khatib di Masjid Al-Asyraf, Hayyu al-Muqattam.


"Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan dikurniakan kesihatan yang baik serta diberkati segala amalan beliau."



Pengajian bersama beliau :

* selepas subuh setiap hari di Masjid al-Asyraf, kitab Tuhfatul Ahwazi syarah Jami'e Tarmizi (sekarang jilid 9)

* selepas solat Jumaat di Masjid al-Asyraf, kitab al-Muwatto' Imam Malik, as-Syamaa-il al-Muhammadiah dan Hikam ibnu 'Ato' illah as-Sakandari

* setiap Sabtu jam 10.30 pagi di Masjid Al-Azhar as-Syarif, kitab Sahih al-Bukhari

* setiap Ahad selepas Maghrib di Asyirah Muhammadiah, Masjid Syeikh Zaki Ibrahim, kitab Bahjatun nufus syarah mukhtasar Sahih Bukhari.

* setiap Khamis selepas Isya' di Masjid Al-Asyraf, kitab Hasyiah Baijuri (sekarang jilid satu) [tawaqquf selama 2 bulan, insyaAllah akan bermula pada akhir bulan 2]

* setiap hari (khusus di bulan Ramadhan), semasa rehat solat tarawih, kitab Bahjatun Nufus syarah Mukhtasor Sohih Bukhari libni Abi Jamrah rahimahullah (jilid 1)


* Terjemahan dari Sirah az-zatiyah syaikhuna yang diberikan sendiri oleh beliau kepada akhi Ustaz Nazrul Abd Nasir.

simpan

Ruangan ini dikhaskan untuk testimoni peserta. Testimoni akan diambil dari masa ke semasa. Terima kasih.

Followers